Kepentingan dan pelaksanaan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran

 Pengertian Refleksi

Schon (1983) : Amalan refleksi menerangkan pengalaman dalam minda apabila menggunakan teori yang berubah menjadi praktikal. Secara amnya , refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu. Dewey (1993) : Refleksi merupakan cara khas dalam menyelesaikan masalah. Ia merupakan proses kognitif aktif secara sedar untuk menyelesaikan masalah praktik. Hanipah (2004) : Refleksi adalah salah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan dan keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan . Satu proses menganalisis, merenung, dan mencari alasan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri dan berterusan.

Pertamanya,  dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya.

Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:
• membuat penilaian kendiri
• berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
• menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
• melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
• mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
• mengubah tingkahlaku

Kepentingan dan pelaksanaan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat membuat penilaian kendiri untuk menilai sejauh mana ilmu yang telah disampaikan memberi kesan dan kefahaman ringkas kepada guru dan murid. Contohnya, guru meminta murid untuk menerangkan secara ringkas topik yang dipelajari. Selain itu , dapat melatih berfikir secara analitik, kritis dan kreatif . Melalui penulisan refleksi, guru dapat mengasah lagi kemahiran berfikir daripada pelbagai sudut secara analitik, kritis dan kreatif tentang sesuatu subjek. Contohnya, guru selalu berfikir untuk mencari kaedah alternatif untuk menyampaikan pelajaran jika murid memberi refleksi negatif semasa PdP .Seterusnya, dapat menghasilkan rancangan PdP yang lebih baik dengan merujuk kepada pemikiran langsung mengenai apa yang dilakukan oleh guru-guru ketika mereka mengajar. Contohnya, guru-guru melaksanakan pelan tindakan pengajaran berasaskan teori-teori yang telah dipelajari. Akhir sekali, boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua pilihan. Refleksi membolehkan pelbagai pilihan dirangka dan memilih pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Contohnya, pilihan terbaik dipilih iaitu menyediakan pelbagai bahan bacaan yang lebih menarik dan berwarna - warni berbanding bahan bacaan yang padat dengan tulisan semata bagi menarik murid untuk belajar. 


                                Fatin Nurain Binti Kamaruddin ( D20201095560)

Comments

Popular posts from this blog

Domain objektif kognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi sebagai penentu pencapaian murid. .

Analisis hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan pengajaran dan pembelajaran.