Domain objektif kognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi sebagai penentu pencapaian murid. .


Kurikulum rasmi yang juga dikenali sebagai kurikulum kebangsaan atau kurikulum ideal mengandungi ciri ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian. Ianya juga diangkat sebagai kurikulum rasmi Negara setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia. Kurikulum memainkan peranan utama dalam untuk menentukan pencapaian murid pada masa kini. Domain objektif kognitif dalam penetapan matlamat dan objektif kurikulum melibatkan komponen pengetahuan dan perkembangan intelek termasuk mengenal, mengingat fakta, prosedur dan konsep yang terkandung dalam kebolehan intelek. Domain ini mengandungi enam katogeri aras bermula dari tingkat paling mudah kepaa yang paling kompleks. Katogeri ini bertindak sebagai tali ukur iaitu yang pertama mestilah dikuasai sebelum yang seterusnya boleh berlaku.

Setiap aras yang dinyatakan terdapat dua komponen penting untuk menjayakannya. Pada aras rendah, komponen pengetahuan dan kefahaman diterapkan dalam diri pelajar. Dari segi pengetahuan, pelajar perlu mendapat kembali,mengeluar kembali, mengingat kembali atau dikenali sebagai “recall” pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang mereka. Dari segi kefahaman pula pelajar mampu membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan. Aras yang seterusnya ialah aras sederhana yang mana mengandungi dua komponen penting untuk menentukan pencapaian murid iaitu aplikasi dan analisis. Dalam segi komponen aplikasi pelajar berkebolehan menggunakan prinsip dan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu tugas. Manakala dalam segi analisis pula ialah pelajar mampu untuk memecahkan bahan kepada bahagian kecil,menetukan  hubungkait diantara bahagian bahagian kecil antara satu sama laindan terhadap struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan,menyusun atur dan attributing. Aras yang terakhir ialah aras tinggi yang mempunyai dua komponen iaitu penilaian dan reka cipta. Dalam segi penilaian pelajar mestilah mampu untuk membuat pengakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui semakan dan kritikan. Manakala didalam segi reka cipta pula pelajar mampu untuk menyatukan elemen elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheran.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)  merupakan salah satu penentu utama kepada pencapaian seseorang pelajar. Kemahiran berfikir aras tinggi membawa maksud keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Kemahiran berfikir aras tinggi sangat penting sebagai penentu pencapaian seseorang pelajar kerana ianya mampu mengasah kemahiran berfikir pelajar dalam menyelesaikan masalah. Contohnya  soalan yang berunsur KBAT merupakan soalan yang sukar dan perlukan perhatian yang lebih untuk diselesaikan. Seterusnya ialah kebolehan mencerna dan menghasilkan idea baru contohnya  pelajar mampu memikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik dan lain dari yang lain berdasarkan soalan yang diberi. Kepentingan KBAT yang seterusnya ialah kemampuan pelajar menggunakan daya imaginasin dan kreaviti mereka dalam melakukan sesuatu tugas yang diberi. Contohnya, pelajar mampu mewujudkan sesuatu yang baharu, yang kreatif dan menarik perhatian didalam apa yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian mereka terutama sekali ketika melakukan tugasan yang berkaitan dengan pelajaran. Akhir sekali, pelajar mamp mengasah kemampuan dan kebolehan mencipta didalam diri mereka. Hal ini demikian kerana apabila mereka membuka minda dan meluaskan pandangan mereka ketika melakukan sesuatu, mereka akan bertindak lebih efektif dan kreatif yang mampu membantu merek untuk berfikir lebih ke hadapan. Kesimpulannaya, Domain objektif kognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merupakan penentu pencapaian pelajar dimasa hadapan kerana ianya mendorong pelajar untuk menjadi lebih berdikari, kreatif dan berikiran ke hadapan.



IKHWAN IMRAN BIN MOHD SUHAIMI ( D20201095558)

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan dan pelaksanaan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran

Analisis hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan pengajaran dan pembelajaran.