Analisis hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan pengajaran dan pembelajaran.
Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan pengajaran dan pembelajaran
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
- Kurikulum pula merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ianya adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum Kebangsaan bererti kurikulum yang ditetapkan oleh menteri pelajaran.
- Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Pembelajaran pula merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman (Slavin, 2005). Pengajaran dan Pembelajaran adalah elemen yang amat penting dalam Sistem Pendidikan Negara.
Pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana pelaksanaan dapat dioperasikan. FPK memberikan panduan bagaimana pendidikan negara mesti beroperasi mengikut bentuk dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak dicapai. Matlamat yang dihasratkan hanya boleh dicapai apabila kurikulum yang dibangunkan bersifat sempurna dan kebolehcapaian yang tinggi. Kurikulum bersifat dinamik dan fleksibel untuk disesuaikan dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah. KSSR merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapat meningkatkan standard pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul).
Comments
Post a Comment