Kepentingan dan pelaksanaan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengertian Refleksi Schon (1983) : Amalan refleksi menerangkan pengalaman dalam minda apabila menggunakan teori yang berubah menjadi praktikal. Secara amnya , refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu. Dewey (1993) : Refleksi merupakan cara khas dalam menyelesaikan masalah. Ia merupakan proses kognitif aktif secara sedar untuk menyelesaikan masalah praktik. Hanipah (2004) : Refleksi adalah salah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan dan keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan . Satu proses menganalisis, merenung, dan mencari alasan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri dan berterusan. Pertamanya, dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan men...