Kepentingan merancang pengajaran sebagai penentu keberhasilan guru dan kemenjadian murid.
Sepertimana yang kita tahu bahawa setiap perkara yang berlaju secara jayanya hendaklah mempunyai perancangan terlebih dahulu. Sama juga dengan sistem Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) yang berlaku di sekolah, setiap guru hendaklah menyediakan rancangan pengajaran terlebih dahulu sebelum PdP berlaku. Maksud Rancangan Pengajaran Harian adalah “ Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang engandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara pengajaran hendaklah mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai”
PETIKAN DARIPADA : SURAT PEKELILING IKHTISASAS BIL. 3/1999: MENYEDIAKAN REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KP (BS ) 8591/JILID XV (3) 9 MAC 1999.
Dengan erti kata lain, Rancangan Pegajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembejaran yang perlu disedikan oleh guru untuk beberapa waktu pengajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Antara kepentingan Rancangan Pembelajaran adalah :-
* Panduan untuk para guru ganti, ini bagi memberi panduan dan penerangan kepada guru ganti yang akan menggantikan kelas untuk meneruskan aktiviti pengajarannya.
* Sebagai pemantauan pengurusan murid di dalam kelas terhadap pengurusan mereka tentang perkara-perkara yang telah diajar.
* Kerana ingin meningkatkan keyakinan diri guru untuk melaksanakan pengajaarn yang tersusun secara lebih berkesan.
* Supaya guru akan lebih fokus terhadap objektif pengajaran yang telah ditetapkan untuk memastikan murid-murid dapat mencapainya dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
* Guru dapat memilih, membina dan menggunakan bahan bantu yang berkesan ke arah memandu pelajar memahami isi kandungan dan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
* Masa pengajaran dan pembelajaran dapat dimaksimumkan mengikut perancangan jadual waktu secara efektif.
* Membolehkan guru mengesan kelemahan dan masalah yang berlaku dan segera membetulkan untuk penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Comments
Post a Comment