Posts

Showing posts from December, 2020

Kepentingan dan pelaksanaan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran

  Pengertian Refleksi Schon (1983) : Amalan refleksi menerangkan pengalaman dalam minda apabila menggunakan teori yang berubah menjadi praktikal. Secara amnya , refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu. Dewey (1993) : Refleksi merupakan cara khas dalam menyelesaikan masalah. Ia merupakan proses kognitif aktif secara sedar untuk menyelesaikan masalah praktik. Hanipah (2004) : Refleksi adalah salah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan dan keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan . Satu proses menganalisis, merenung, dan mencari alasan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri dan berterusan. Pertamanya,  dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan men...

Domain objektif kognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi sebagai penentu pencapaian murid. .

Kurikulum rasmi yang juga dikenali sebagai kurikulum kebangsaan atau kurikulum ideal mengandungi ciri ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian. Ianya juga diangkat sebagai kurikulum rasmi Negara setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia. Kurikulum memainkan peranan utama dalam untuk menentukan pencapaian murid pada masa kini. Domain objektif kognitif dalam penetapan matlamat dan objektif kurikulum melibatkan komponen pengetahuan dan perkembangan intelek termasuk mengenal, mengingat fakta, prosedur dan konsep yang terkandung dalam kebolehan intelek. Domain ini mengandungi enam katogeri aras bermula dari tingkat paling mudah kepaa yang paling kompleks. Katogeri ini bertindak sebagai tali ukur iaitu yang pertama mestilah dikuasai sebelum yang seterusnya boleh berlaku. Setiap aras yang dinyatakan terdapat dua komponen penting untuk menjayakannya. Pada aras rendah, komponen pengetahuan dan kefahaman diterapkan dalam diri pelajar. ...

Kepentingan merancang pengajaran sebagai penentu keberhasilan guru dan kemenjadian murid.

 Sepertimana yang kita tahu bahawa setiap perkara yang berlaju secara jayanya hendaklah mempunyai perancangan terlebih dahulu. Sama juga dengan sistem Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) yang berlaku di sekolah, setiap guru hendaklah menyediakan rancangan pengajaran terlebih dahulu sebelum PdP berlaku. Maksud Rancangan Pengajaran Harian adalah  “  Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang engandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara pengajaran hendaklah mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai ” PETIKAN DARIPADA : SURAT PEKELILING IKHTISASAS BIL. 3/1999: MENYEDIAKAN REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KP (BS ) 8591/JILID XV (3) 9 MAC 1999. Dengan erti kata lain, Rancangan Pegajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembejaran yang perlu disedikan oleh guru untuk beberapa waktu pengajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberap...

Analisis hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan pengajaran dan pembelajaran.

Image
Konsep  Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan pengajaran dan pembelajaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan  (FPK)   yang dahulunya disebut  Falsafah Pendidikan Negara  (FPN), merupakan dasar  pendidikan  yang telah dilaksanakan di negara  Malaysia . Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi j asmani , e mosi , r ohani , i ntelektual  dan s osial . Kurikulum pula merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ianya adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.  Kurikulum Kebangsaan bererti kurikulum yang ditetapkan oleh menteri pelajaran. Pengajaran merupakan aktiviti yang be...